Sunday, June 29, 2014

IHTIFAL AKADEMIK SEKOLAH-SEKOLAH ABIM 2014

Mulai 30 Mei hingga 2 Jun, bertempat di Politeknik Kota Baharu, Kelantan berlangsungnya Ihtifal Akademik SERI/SEMI Kebangsaan. Seramai 35 murid dan 13 orang guru pengiring telah terlibat dalam ihtifal kali ini. Inilah kali pertama MU dapat merangkul 5 kemenangan dalam acara yang dipertandingkan. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi sebuah sekolah yang kecil untuk bersaing dengan SERI-SERI lain. Tahun hadapan Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah dalam Ihtifal Sukan. Sesungguhnya aktiviti seperti ini amat berguna bagi pelajar dan bermakna bagi institutusi pendidikan seperti ABIM.

Peserta SERI Mutiara @ MU


Nasihat dari En. Faisal wakil ibu bapa @ JIWA

Di hadapan dewan utama 



Mudir mewakili Pegerusi MPGB menyampaikan hadiah .
 Adik Uzair Abd Malik mendapat tempat ke 3 dalam Syrahan Bahasa Melayu

Adik Fatiyah Tahun 2 mendapat tempat ke 3 acara bercerita dari kisah al Quran

Persembahan kumpulan nasyid yang mendapat Johan -SERI Manjung

Majlis Perasmian-dalam dewan 

Makan malam dalam perjalanan pulang di R & R Restoran Kepala Ikan, Greek
Sebahagian dari barisann pimpinan SERi/SEMI ABIM Seluruh Malaysia

KUNJUNGAN BALAS ROMBONGAN PIMPINAN PASENTREN BUYA HAMKA


Alhamdulillah, sempena lawatan balas pimpinan PP Hamka ke MU, Penang, satu siri ceramah telah diadakan di 3 buah masjid di Pulau Pinang. Sebanyak RM 10 ribu juga telah berjaya disumbang sebagai kerjasama membangunakan institusi pendidikan Islam.


Anggota rombongan Pasentren Buya Hamka ke Madrasah Uthmaniah ABIM


 Pak Afif (hadapan) Anak ke 9 Buya Hamka bersalaman dengan "cucu-cucu" Hamka di MU



Bersama sebahagian pelajar puteri MU.

KERJASAMA DENGAN PASENTREN BUYA HAMKA, MANINJAU, PADANG.

Bagi menyahut seruan Yayasan Takmir Pusat dan WADAH Pusat, MU telah mengadakan persefahaman bagi sama-sama membangunkan institusi pendidikan Islam yang ulung. Bagi tujuan tersebut satu kunjungan dan lawatan kerja telah diadakan pada 14 hingga 21 Mei 2014 yang lalu. Wawasan melahirkan watak-watak Ulama seperti Buya Hamka menjadi misi  utama kerjasama ini.



 Kemudahan utama yang disediakan untuk pelajar. 
     Rumah tamu  UKM sebagai  tempat penyelidikan karya dan pemikiran Buya Hamka.                                              



Cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan semasa kunungan ke Ponpes Hamka. Pak Zainal adalah pimpinan ( Mudir ) PP Hamka. 

Saturday, June 28, 2014

PROJEK BAHASA ARAB MODEL INDIA

Syukur, Al hamdulillah kerana  berpeluang menziarahi dua pusat pendidikan Islam yang amat berpengaruh di Benua India. Darul Uloom Deoband (DUD), di Shahranpur dan Nahdatul Ulama', Lacknow. Objektif utama ialah melihat dengan lebih dekat pendekatan P & P Bahasa Arab di Deoband dan Pusat Bahasa Arab Utama di Lacknow. DUD ini  masih mengekalkan cara pembelajaran tradisonalnya. Menurut YB Us Maktar sistem P & P mereka masih sama seperti era 60an dan 70an ( waktu dia belajar ). 

Masjid utama DUD, menempatkan dewan solat dan ruang kelas terutama bagi pelajar yang mengikuti Daurah Hadis ( Program 2 tahun setelah tamat 7 tahun pengajian di peringkat menengah ). Kini hanya seorang sahaja pelajar Malaysia di sana. Saya sempat bertanya khabar dan menemubual mengenai hal-hal pengajian. Visa pelajar amat sukar dipeolehi bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi juga negara-negara lain, hanya pelajar dari Thailand sahaja yang mudah mendapat visa dan merupakan majoriti foreign students di sini. Justeru, sistem DUD telah dibawa ke UK, USA, South Afrika dll termasuk  juga di Seri Petaling.

Keseluruhan pelajar lebih 4000 orang yang dibiayai secara PERCUMA termasuk makanan dan tempat tinggal. Dari segi pembangunan juga tidak ketinggalan. Kini sedang menyiapkan sebuah bagunan 5 Tingkat di mana satu tingkat untuk pengajian Hadis yang boleh memuatkan 2000 pelajar dalam satu sesi kuliah.

 Kompleks 5 tingkat yang sedang dibangunkan. Manakala di sebelah ialah komplek cawangan DUD berdekatan dengan kampus induk. DUD. Ternyata senibinanya amat menarik.


Di Lucknow saya ditemani sendiri oleh Dekan Kuliah Bahasa dan Sastera Arab, Syeikh Nazrul Hafidz. Beliau pernah mengajar beberapa tokoh keluaran Nadwah termasuk Syeikh Fahmi Zamzam An Nadwi Al Banjari. Beliau turut mengakui bahawa mutu pendidikan Bahasa Arab di Nadwah juga berlaku kemerosotan. Penerbitan yang tinggi nilainya seperti karya-karya Syed Abul Hassan Ali An Nadwi juga amat sedikit. Namum kegiatan penulisan dan penerbitan masih aktif di sini. Hasil perbincangan dengan pihak Nadwah, mereka bersetuju untuk mengadakan Daurah Bahasa Arab & Sastera secara berkala jika ada pengajur. Kini buku Qasasul Nabiyiin dan Qiraah Rasyidah telah mula diajar kepada pelajar Tahun 5 dan 6 di MU. Mudah-mudah agenda memertabatkan Bahasa Arab ( Lughatul  Quran  ) akan berjaya di MU.




Sheikh Nazrul Hafidz menanda tangan buku-buku sebagai keizin menyalin semula dalam bentuk digital bagi kegunaan dalam MU.




Bangunan utama Nahdatul Ulama' Lucknow. Bersama pelajar Malaysia dan Brunai. Hanya mereka berdua sahaja orang Melayu di sana. 
Bersama YB Us Maktar, bekas penuntut di Lucknow - belajar Bahasa Inggeris  sebelum menuntut di DUD selama 4 tahun. Ternyata bahasa Urdunya masih mantap. YB kemudiannya menyambung pengajiannya di Al Azhar, Mesir. Jawatan terakhir sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah di Seb. Perai Selatan. Kini ADUN Sg. Bakap penggal ke 2 dan Timbalan Speaker DUN PP.