Thursday, June 25, 2015

MAJLIS SUMBANGAN VAN WAKAF BANK MUAMALAT PADA 12 OKTOBER 2014

SATU PENGIKTIRAFAN KEPADA MADRASAH UTHMANIAH ABIM
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KHATIRA
KEPADA BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD SERTA
PARA WAQIFIN (PEWAKAF). 


Tan Sri Dato' Panglima Dr. Abdul Rahman Arsyad adalah Pengerusi Majlis Pendidikan Kebangsaan, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah sudi melawat madrasah seterusnya menyampaikan sumbangan sebuah van bagi kegunaan madrasah. Keunikan pakej pendidikan dan sumbangan madrasah dalam arena pendidikan telah menarik minat tokoh pendidikan nasional ini berkunjung ke madrasah walaupun baru usia setahun jangung. Tan Sri adalah Pengerusi Bersama Wakaf Selangor Muamalat.



Mudir menyampaikan cenderahati Buku Pendidikan Al Hikmah karangan Dato' Dr. Sidiq Fadzil.

Persembahan Coral Speaking dari pelajar Madrasah menggantikan acara biasa nasyid atau qasidah, sehingga mendapat sanjungan dari semua hadirin. "Perfect" kata Tan Sri.



Tuesday, June 23, 2015

SEKITAR MAJLIS GRADUASI PELAJAR TAHUN 6 -2014 HOTEL CITITEL, GEROGE TOWN.

+
Perasmian Pembukaan oleh Sahibus Samahah Dato' Dr.Wan Salim Wan Mohd Nor
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Majlis Tandatangan MoU antara MU dengan Buya Hamka International School,
Sumetera Barat, Indonesia.


U'mair Abd Malik, Pelajar Terbaik 2014



Para ibu bapa & tetamu

Persembahan Pelajar


Perarakan Masuk diketuai oleh Mudir Madrasah

MAJLIS GRADUASI PERTAMA 2014

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN SULUNG 
MADRASAH UTHMANIAH ABIM 2014


Monday, June 15, 2015

KURSUS LATIHAN PERGURUAN SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM



Kursus Latihan Perguruan YTP (9 hingga 13 Jun 2015) | Hotel KK Kajang

Seramai 4 orang guru Madrasah Uthmaniah (Seri dan Taski) telah menghadiri Kursus Latihan Perguruan kali ini. Kursus ini berlangsung pada 9 hingga 13 Jun 2015 dan bertempat di Hotel KK, Kajang. Menariknya kursus kali ini adalah kerana kehadiran penceramah-penceramah yang cukup berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing. Semoga kursus kali ini dapat memberi suntikan motivasi yang lebih mantap dalam meningkatkan pdp guru-guru.


 
Bergambar kenangan bersama Tn.Hj Ahmad Azam




Tuan Haji Abbas Awang.



Antara penceramah yang hadir ialah Tuan Haji Abbas Awang iaitu merupakan bekas Pengetua kepada 7 buah Sekolah berasrama penuh. Beliau merupakan bekas  Pengerusi Institut Aminuddin Baki Utara. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kini beliau dilantik sebagai Biro Pendidikan PKR.