Syukur, Al hamdulillah kerana berpeluang menziarahi dua pusat pendidikan Islam yang amat berpengaruh di Benua India. Darul Uloom Deoband (DUD), di Shahranpur dan Nahdatul Ulama', Lacknow. Objektif utama ialah melihat dengan lebih dekat pendekatan P & P Bahasa Arab di Deoband dan Pusat Bahasa Arab Utama di Lacknow. DUD ini masih mengekalkan cara pembelajaran tradisonalnya. Menurut YB Us Maktar sistem P & P mereka masih sama seperti era 60an dan 70an ( waktu dia belajar ).
Masjid utama DUD, menempatkan dewan solat dan ruang kelas terutama bagi pelajar yang mengikuti Daurah Hadis ( Program 2 tahun setelah tamat 7 tahun pengajian di peringkat menengah ). Kini hanya seorang sahaja pelajar Malaysia di sana. Saya sempat bertanya khabar dan menemubual mengenai hal-hal pengajian. Visa pelajar amat sukar dipeolehi bukan sahaja untuk rakyat Malaysia tetapi juga negara-negara lain, hanya pelajar dari Thailand sahaja yang mudah mendapat visa dan merupakan majoriti foreign students di sini. Justeru, sistem DUD telah dibawa ke UK, USA, South Afrika dll termasuk juga di Seri Petaling.
Keseluruhan pelajar lebih 4000 orang yang dibiayai secara PERCUMA termasuk makanan dan tempat tinggal. Dari segi pembangunan juga tidak ketinggalan. Kini sedang menyiapkan sebuah bagunan 5 Tingkat di mana satu tingkat untuk pengajian Hadis yang boleh memuatkan 2000 pelajar dalam satu sesi kuliah.
Kompleks 5 tingkat yang sedang dibangunkan. Manakala di sebelah ialah komplek cawangan DUD berdekatan dengan kampus induk. DUD. Ternyata senibinanya amat menarik.
Di Lucknow saya ditemani sendiri oleh Dekan Kuliah Bahasa dan Sastera Arab, Syeikh Nazrul Hafidz. Beliau pernah mengajar beberapa tokoh keluaran Nadwah termasuk Syeikh Fahmi Zamzam An Nadwi Al Banjari. Beliau turut mengakui bahawa mutu pendidikan Bahasa Arab di Nadwah juga berlaku kemerosotan. Penerbitan yang tinggi nilainya seperti karya-karya Syed Abul Hassan Ali An Nadwi juga amat sedikit. Namum kegiatan penulisan dan penerbitan masih aktif di sini. Hasil perbincangan dengan pihak Nadwah, mereka bersetuju untuk mengadakan Daurah Bahasa Arab & Sastera secara berkala jika ada pengajur. Kini buku Qasasul Nabiyiin dan Qiraah Rasyidah telah mula diajar kepada pelajar Tahun 5 dan 6 di MU. Mudah-mudah agenda memertabatkan Bahasa Arab ( Lughatul Quran ) akan berjaya di MU.
Sheikh Nazrul Hafidz menanda tangan buku-buku sebagai keizin menyalin semula dalam bentuk digital bagi kegunaan dalam MU.
Bangunan utama Nahdatul Ulama' Lucknow. Bersama pelajar Malaysia dan Brunai. Hanya mereka berdua sahaja orang Melayu di sana.
Bersama YB Us Maktar, bekas penuntut di Lucknow - belajar Bahasa Inggeris sebelum menuntut di DUD selama 4 tahun. Ternyata bahasa Urdunya masih mantap. YB kemudiannya menyambung pengajiannya di Al Azhar, Mesir. Jawatan terakhir sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah di Seb. Perai Selatan. Kini ADUN Sg. Bakap penggal ke 2 dan Timbalan Speaker DUN PP.
No comments:
Post a Comment