Wednesday, October 28, 2009

CAWANGAN KELAS TAHFIZ & TRANSIT BARU


Dimaklumkan bahawa Madrasah Uthmaniah ( ABIM ) akan membuka cawangan kelas TAHFIZ dan Pusat Transit Pelajar yang baru mulai Januari 2010 di alamat seperti berikut:

No 56, Jalan Changkat Minden 12,
11700 Gelugor.
Tel: 04- 658 6033
( Bersebelahan SK Minden Height )

Kemasukan pelajar terhad kepada 26 orang sahaja.( Sesi pagi - Tahun 1 & 2 )
( Sesi petang - Tahun 3 & 4 )
Bilangan murid satu kelas 10 - 13 orang sahaja.
Tempat sangat TERHAD.

Sila berhubung dengan pejabat madrasah segera untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran.

Ujian Penilaian Akhir Tahun SERI.

Ujian Penilaian Akhir Tahun SERI ( Tahun 1 ) akan bermula pada 2 November 2009.

Ibu bapa dinasihatkan merujuk kepada jadual peperiksaan dan membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran.

TAKLIMAT KEMASUKAN SERI 2010

Assalamualaikum,

Satu sesi taklimat kepada ibu bapa dan ujian prestasi murid akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 31 Okt.2009 ( Sabtu )
Jam : 9.00 pagi
Tempat :Dewan Besar, Madrasah Uthmaniah.

Semua ibu bapa yang telah mendaftar dikehendaki hadir bersama anak masing-masing dan
membawa alat tulis. Ujian prestasi murid bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran asas yang
diperlukan bagi mengikuti sistem pengajian SERI. Kemahiran asas yang diperlukan ialah kebolehan
membaca, menulis,dan asas al Quran ( Qiraati atau Iqra' ).

Sekian, harap maklum.

Monday, October 26, 2009

PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2010

Assalamulaikum,

Kepada saudara/i yang ingin menghantar anak ke Madrasah Uthmaniah ( ABIM ) bagi sesi 2010 untuk program TASKI / TAHFIZ / SERI sila datang segera ke pejabat dan mendaftar. Tempat terhad.

Sila hubungi pejabat madrasah di talian 04-657 6131 / 013 - 488 1969.

Terima kasih.