Saturday, June 5, 2010

KEMPEN MENJADI AHLI KOPERASI MADRASAH UTHMANIAH PULAU PINANG BERHAD

Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan Madrasah untuk menubuhkan sebuah koperasi telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada Mac yang lalu dengan no pendaftarannya P-4-0465. Sehubungan dengan itu semua warga madrasah digalakan untuk menjadi ahli koperasi. Yuran pendaftaran RM 25 dan syer ( saham) minimum sebanyak RM 100 seorang. Sdri Amira Mansor telah lantik sebagai Setiausaha Kerja Koperasi. Beliau boleh dihubungi melalui talian pejabat madrasah.

Lawatan Sdr Ahmad Azam


Pada 4 Mei yang lalu, Sdr Ahmad Azam dan rombongan Future Global Network telah mengadakan kunungan ke madrasah. Tujuan utama kunjungan tersebut ialah bagi membuat persiapan menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak pelarian Rohingya di Taman Arwona, Permatang Pauh. Madrasah akan menjadi rakan kongsi bagi meralisasikan hasrat yang amat murni ini. Moga Rohingya Islamic School akan menjadi kenyataan.

Sunday, May 9, 2010

TAHNIAH! Guru Besar SERI - Puan Ruhaizah yang mendapat cahaya mata puteri ke 2


Tahniah diucapkan kepada Puan Ruhaizah dan Ustaz Zayd yang telah dianugerahkan puteri ke 2 bernama Syifa' pada 28 April 2010. Semoga menjadi anak yang solehah dan srikandi ummah pada masa hadapan.

( keterangan gambar : sempena lawatan kerja ke Singapura. Dihadapan sekretariat Persatuan Ulama' dan Guru-Guru Agama Singapura ( PERGAS)

Lawatan Kerja Ke Singapura


Pada 30 Mac hingga 2 April 2010 satu lawatan kerja ke Singapura telah diadakan. Pesarta lawatan terdiri daripada Us.Zayd Zhari (YDP ABIM merangkap Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah),Dr Shaikh Abdullah ( wakil ibu bapa merangkap Pengerusi Per.Staf Islam USM ), Us Fadzil, Pn Ruhaizah, Puan Nilam dan Puan Mazealiana. Sebanyak 3 buah Madrasah telah dilawati iaitu Madrasah Arabia ( Muhammadiyah ), Madrasah Al Junaid dan Madrasah Irsyad. Banyak ilmu dan pengalaman baru telah dapat dipelajari dari lawatan tersebut. Selain dari itu peserta lawatan juga mengadakan kunjungan mahabbah ke sekretariat Persatuan Ulama' dan Guru-Guru Agama (PERGAS) . Pihak madrasah ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Sheereza (pelajar Phd USM warga Singapura ) yang telah membantu sepanjang lawatan di sana.

Wednesday, March 24, 2010

SEKITAR MAJLIS IHTIFAL KEBANGSAAN SERI/SEMI ABIM KE 10



IHTIFAL (AKADEMIK ) kali ke 10 telah diadakan pada 14- 17 Mac 2010 bertempat di Dewan Bandaran Ipoh dan Maahad Al Ummah, Chemor. Buat kali pertama SERI menyertai pertandingan dengan menghantar seramai 7 orang peserta dan dan penyokong. Tiga orang ibu bapa juga turut serta mengiringi peserta.

SELAMAT PENGANTIN BARU


Tahniah diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Fathul Amri al Hafiz dan Ustazah Nurphazilah Tamimi yang telah melangsungkan majlis perkahwinan pada 13 Mac 2010 yang lalu. Semoga mendapat keberkatan hingga ke anak cucu.

LAWATAN KO ODINATOR DISCOVER ISLAM, BAHRIN


Pada 3 Mac yang lalu Bro.Syed Raziudidin Ali dari Discover Islam, Baharin telah membuat pertemuan dengan pimpinan madrasah dan Islamic Outreach ABIM. Tujuan kunjungan ialah untuk bertukar-tukar fikiran mengenai strategi dakwah terutama kepada non muslim dan aktiviti pendidikan.

LAWATAN UNHCR KE MADRASAH






Pada 2 Febuari yang lalu seramai 3 orang pegawai UNHCR yang terdiri dari Ketua Bahagian pendidikan dan kosultan pendidikan telah melawat madrasah. Mereka ialah Elli Al Daqqa, EricGronvold dan Darlinda Kamarul. Tujuan lawatan ialah untuk melihat model pendidikan bersepadu ABIM yang dilaksanakan di Pulau Pinang.