Wednesday, October 3, 2012

IBADAH QURBAN 1433H /2012 M

Assalamualaikum:

Para Muslimin dan Muslimat yang berhajat untuk mengerjakan ibadah Qurban bersama madrasah dan agensi-agensi ABIM sila hubungi ke pejabah madrasah:

1. 1 Bahagian Qurban di madrasah RM 400.00 ( 1/7 ) Sembelihan pada 28 Okt. 20112, InsyaAllah
2. 1 Bahagian Qurban di luar negara dari RM 250 ke atas. ( lihat : www.gpm.com.my )

Semoga Ibadah Qurban diterima Allah SWT.

wassalam.

Saturday, August 4, 2012

RAYUAN INFAQ RAMADHAN 1433H/2012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua Muslimin & Muslimat,

Bersempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak pada kali ini, saya bagi pihak madrasah ingin mengambil peluang menyeru kepada para dermawan turut serta menyumbang dalam Tabung Infaq Ramadhan 1433H.

Beberapa projek telah diputuskankan untuk tahun ini yang memerlukan dana dari semua pihak.


1. Wakaf  " Baitul Muna". Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 12, Lorong Kg. Jawa, Bayan Baru. Rumah ini telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Puan Maimunah Hj Ahmad. Beliau adalah bekas seorang guru dan pernah terlibat dengan Islamic Outreach ABIM Penang. Rumah tersebut akan dijadikan pusat dakwah dan pendidikan ABIM sebagaimana yang diniatkan oleh pewakaf. 
Justeru itu, pihak ABIM Negeri telah bekerjasama dengan Madrasah Uthmaniah (ABIM) untuk melaksanakan amanah yang amat besar ini. Memandangkan kedudukan kewangan ABIM dan Madrasah amat terbatas, sokongan dari masyarakat sangatlah diharapkan. 
Piahk kami memerlukan sekurang-kurangnya RM 50 ribu sebagai modal awal bagi menyediakan prasarana yang akan menempatkan :
a. 2 bilik kelas TASKI yang boleh menampung 30 orang murid
b. Perabut
c. Peralatan dapur
d. Pemasangan bumbung luar
e. Memasang jubin lantai dibahagian luar untuk ruAng pelbagai guna
f. Kerja-kerja mengecat dan keceriaan bangunan

Kami amat yakin dari pengalaman lalu, pusat ini akan dapat memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat dan masyarakat umum dalam usaha menyebarkan ilmu dan dakwah Islamiah.

2. Penajaan Latihan Guru : Madrasah juga menempatkan guru pelatih dari Kemboja yang telah menjalani kursus dan mendapat sijil perguruan dari Kolej Dar Al Hikmah. Mulai Julai lalu 3 orang guru pelatih bahagian prasekolah   telah memulakan latihan mereka di TASKI dan SERI. Mereka akan menjalani latihan mengajar selama setahun sebelum dihantar pulang bersama kumpulan lain yang akan membuka sekolah di Kemboja. Sepanjang latihan mereka akan diberi elaun sebanyak RM 500 sebulan. Selain mengajar mereka juga akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti dakwah bersama masyarakat.  
Madrasah juga membantu guru-guru bahasa Melayu dari Selatan Thai bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di madrasah-madrasah Selatan Thai. Dalam hal ini madrasah mendapat kerjasama dari Global Peace Mission dan Yayasan Pendidikan dan Sumber Manusia Yala. Projek ini termasuk dalam "misi rahmatan lil 'alamin" ABIM sebagai sebuah gerakan dakwah antarabangsa.
Selain itu, madrasah juga memerlukan dana bagi mengadakan "in house tranning" kepada guru-guru madrasah dari masa ke semasa.


3. Zakat Harta dan Zakat Fitrah; Madrasah juga menerima bayaran zakat harta dan fitrah untuk disalurkan kepada Asnaf Miskin dan Fisabillillah. Buat masa ini madrasah menaja seramai 7 orang kanak-kanak miskin yang belajar  di madrasah dan membantu Rohingya Education Centre sebuah pusat pendidikan untuk komuniti pelarian Rohingya di sekitar Seberang Perai Tengah. Bentuk sumbangan adalah peralatan belajar dan makanan selain membiayai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan bina insan. Semua bentuk sumbangan ini adalah berdasarkan jumlah sumbangan yang diterima dari masyarakat awam dari masa ke semasa.


SEMUA INFAQ SAUDARA/I SAMADA WAKAT/ZAKAT/SEDEKAH AM BOLEH DISALURKAN MELALUI AKUAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD :

ATAS NAMA :"MADRASAH UTHMANIAH" NOMBOR AC: 0702-0003205-717


Jazakallahu Khairan Khatira.

Salam hormat dari saya;

MOHAMMAD FADZIL ALIAS
Mudir Madarasah Uthmaniah (ABIM ) 
merangkap
Pengarah Pusat Dakwah & Pendidikan ABIM Pulau Pinang.