Thursday, December 10, 2009

Guru Berkursus

Dimaklumkan bahawa Puan Ruhaizah Mohd Hatta ( Guru Besar SERI ), Puan Faridah Abd Razak (SERI ) dan Sdri.Nurphazilah Tamimi (SERI) berkursus di Kolej Darul Hikmah mulai 7 hingga 11 Disember 2009.

Puan Ruhaizah juga telah berkursus di IAB, Jitra ( Pengurusan Intruksional ) mulai 30 November hingga 3 Disember 2009.

SEMOGA SUKSES.

UCAPAN TAHNIAH.

Pihak Madrasah Uthmaniah (ABIM) ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Ustaz Mohammad Fadzil Alias selaku Mudir di atas pelantikannya sebagai Ahli Jawatankuasa Pendidikan Islam di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( MMK Agama ).

TAMAT PENDAFTARAN BARU 2010.

Assalamualaikum,

Dimaklumkan bahawa pihak Madrasah telah menutup pendaftaran bagi semua kelas (TASKI , SERI dan TAHFIZ ).
Pengambilan pelajar akan dibuat jika berlaku kekosongan. Pihak madrasah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan kepada madrasah bagi mendidik anak bangsa melalui pakej pendidikan ABIM.

Pihak madrasah juga mohon maaf kerana tidak dapat memberi tempat kepada mana-mana ibubapa yang terlewat mendaftar disebabkan tempat yang sangat terhad.

Sekian, harap maklum.