Monday, July 11, 2011

Setahun Berlalu- REC


10 Julai lalu genaplah usia setahun Rohingya Education Centre (REC) sebuah pusat pendidikan untuk kanak-kanak Islam Pelarian Rohingya yang tinggal di sekitar Seberang Perai Tengah (Butterworth, Jalan Baharu, Bagan Ajam, Alma, Seberang Jaya dll kawasan sekitar). REC yang diusahakan penubuhannya oleh Sdr.Haji Ahmad Azam Abdul Rahman di bawah NGO pimpinannya Future Global Network (FGN). FGN bergabung dengan WADAH Pusat dengan bantuan tenaga lokal ABIM Pulau Pinang dan Madrasah Uthmaniah (ABIM) telah membolehkan kanak-kanak ini bersekolah. REC telah mendapat pembiayaan kos operasi dari UNHCR, namum bagi keperluan-keperluan lain seperti buku teks, makanan dan peralatan sekolah masih memerlukan bantuan tambahan. REC berjaya melepasi tahap ujiannya apabila jumlah kemasukan sesi persekolahan tahun 2011 tidak berkurangan malahan terpaksa menolak permohonan pelajar baru kerana tempatnya yang terhad. Kini REC hanya boleh menampung pelajar sekitar 120 orang sahaja iaitu dari tahun 1 hingga 5. Tuan Hj Ahmad Zaki Abdul Rahman dan bersama 5 yang lain adalah penggerak utama REC.
Semoga REC terus mendapat kejayaan membela kanak-kanak saudara islam kita yang dinafikan hak mereka di tanahair mereka.