Tuesday, June 23, 2015

SEKITAR MAJLIS GRADUASI PELAJAR TAHUN 6 -2014 HOTEL CITITEL, GEROGE TOWN.

+
Perasmian Pembukaan oleh Sahibus Samahah Dato' Dr.Wan Salim Wan Mohd Nor
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Majlis Tandatangan MoU antara MU dengan Buya Hamka International School,
Sumetera Barat, Indonesia.


U'mair Abd Malik, Pelajar Terbaik 2014



Para ibu bapa & tetamu

Persembahan Pelajar


Perarakan Masuk diketuai oleh Mudir Madrasah

MAJLIS GRADUASI PERTAMA 2014

TAHNIAH KEPADA SEMUA GRADUAN SULUNG 
MADRASAH UTHMANIAH ABIM 2014


Monday, June 15, 2015

KURSUS LATIHAN PERGURUAN SERI/SEMI/TASKI/TAHFIZ ABIM



Kursus Latihan Perguruan YTP (9 hingga 13 Jun 2015) | Hotel KK Kajang

Seramai 4 orang guru Madrasah Uthmaniah (Seri dan Taski) telah menghadiri Kursus Latihan Perguruan kali ini. Kursus ini berlangsung pada 9 hingga 13 Jun 2015 dan bertempat di Hotel KK, Kajang. Menariknya kursus kali ini adalah kerana kehadiran penceramah-penceramah yang cukup berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing. Semoga kursus kali ini dapat memberi suntikan motivasi yang lebih mantap dalam meningkatkan pdp guru-guru.


 
Bergambar kenangan bersama Tn.Hj Ahmad Azam




Tuan Haji Abbas Awang.



Antara penceramah yang hadir ialah Tuan Haji Abbas Awang iaitu merupakan bekas Pengetua kepada 7 buah Sekolah berasrama penuh. Beliau merupakan bekas  Pengerusi Institut Aminuddin Baki Utara. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kini beliau dilantik sebagai Biro Pendidikan PKR.

Sunday, May 24, 2015

HARI GURU BAHAGIAN UTARA


Sambutan Hari Guru Bahagian Utara (Yayasan Takmir Pulau Pinang)
Tarikh :23 Mei 2015
Tempat : Institut Latihan Kemahiran Mara, Nibong Tebal

Sambutan Hari Guru anjuran Yayasan Takmir Penang telah diadakan di Institut Latihan Kemahiran Mara, Nibong Tebal pada 23 Mac 2015 iaitu bersamaan pada hari sabtu. Selain acara penyampaian hadiah perkhidmatan bagi menghargai guru-guru yang telah lama berkhidmat di setiap sekolah masing-masing, sambutan ini juga mempertontonkan persembahan daripada setiap sekolah oleh guru sekolah antaranya lakonan, puisi dan juga nyanyian. Majlis sambutan hari guru ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.













Monday, April 20, 2015

KURSUS PEMANTAPAN KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)



KURSUS PEMANTAPAN KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)

Tarikh : 16 hingga 18 April 2015

Tempat : Institut Aminuddin Baki, Alor Setar

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Aspirasi Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan agar unsur KBAT dalam PnP dilaksanakan di setiap sekolah disambut baik oleh Sekolah Sekolah ABIM  khususnya Seri Mutiara, Pulau Pinang. Ini dibuktikan apabila pendedahan secara formal mengenai KBAT dengan mengikuti kursus Pemantapan KBAT dengan dihadiri hampir keseluruhan guru-guru Seri Mutiara dan guru-guru Seri ABIM khususnya bahagian Utara.

Diharapkan melalui Kursus Pemantapan ini dapat meningkatkan lagi mutu guru-guru dalam membangunkan budaya berfikir di Sekolah.

















Wednesday, March 18, 2015

IHTIFAL SUKAN KEBANGSAAN KALI KE-15



Ihtifal Sukan Kebangsaan Kali ke-15 telah pun dilangsungkan di Universiti Sains Malaysia dan Kompleks Belia dan Suka (KBS) pada 13 hingga 16 Mac 2015. Madrasah Uthmaniah kali ini diberi kepercayaan penuh untuk menjadi Tuan Rumah. Ihtifal Sukan Kebangsaan yang menjadi aktiviti wajib dua tahun sekali ini melibatkan seramai 19 buah kontinjen dari pelbagai Sekolah masing-masing. 10 acara telah dipertandingkan bagi pelajar menengah dan rendah.

Pemberian cenderahati oleh Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri (Pengerusi YTP) kepada Presiden ABIM, Sdr. Amidi Datuk Abdul Manan diiringi Mudir Seri Mutiara, Ustaz Haji Mohammad Fadzil Alias.
Majlis Ihtifal dirasmikan oleh Presiden ABIM.

Bergambar kenangan bersama pengetua dan guru besar sekolah-sekolah ABIM seluruh Negeri

Acara Olahraga
Acara Bola Jaring
Acara Memanah
Acara Bola Tampar
Acara Ping Pong
Acara menaikkan bendera

Pembacaan ikrar



Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat  dalam menjayakan Ihtifal Sukan Kebangsaan kali ke-15.