Thursday, June 16, 2011

SEMINAR PENDIDIKAN UMAT (SPU) 2011



Sila layari www.spu2011.blogspot.com untuk dapatkan maklumat lanjut. emelkan pertanyaan kepada didik.umat@gmail.com.

Jangan lepaskankan peluang untuk mengikuti seminar yang julung-julung kali diadakan dengan penampilan tokoh-tokoh ilmuan dalam bidang pendidikan. Juga berkongsi pengalaman dengan negara jiran dalam membangunkan sistem pendidikan islam.

Selamat Berseminar.

Saturday, February 26, 2011

SAMBUTAN 40 TAHUN ABIM ( 1971-2011 )


Assalamualaikum,

Sambutan 40 tahun ABIM di persada dakwah boleh diikuti melalui laman web www.abim.org.my

IHTIFAL SUKAN SERI / SEMI ABIM KE 11

Dimaklumkan pada tahun ini Yayasan Takmir Pendidikan ABIM akan menganjurkan Ihtifal Sukan SERI/SEMI ke 11 pada 13 - 16 Mac 2011 bertempat di UKM, Bangi.

Dijangka seramai 800 pelajar SERI/SEMI ABIM seluruh negeri akan berkumpul di UKM.

Tahniah dan syabas kepada SERI SG.Ramal yang menjadi tuan rumah pada tahun ini.


SELAMAT BERSUKAN.

S

Saturday, June 5, 2010

KEMPEN MENJADI AHLI KOPERASI MADRASAH UTHMANIAH PULAU PINANG BERHAD

Sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan Madrasah untuk menubuhkan sebuah koperasi telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada Mac yang lalu dengan no pendaftarannya P-4-0465. Sehubungan dengan itu semua warga madrasah digalakan untuk menjadi ahli koperasi. Yuran pendaftaran RM 25 dan syer ( saham) minimum sebanyak RM 100 seorang. Sdri Amira Mansor telah lantik sebagai Setiausaha Kerja Koperasi. Beliau boleh dihubungi melalui talian pejabat madrasah.

Lawatan Sdr Ahmad Azam


Pada 4 Mei yang lalu, Sdr Ahmad Azam dan rombongan Future Global Network telah mengadakan kunungan ke madrasah. Tujuan utama kunjungan tersebut ialah bagi membuat persiapan menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak pelarian Rohingya di Taman Arwona, Permatang Pauh. Madrasah akan menjadi rakan kongsi bagi meralisasikan hasrat yang amat murni ini. Moga Rohingya Islamic School akan menjadi kenyataan.

Sunday, May 9, 2010

TAHNIAH! Guru Besar SERI - Puan Ruhaizah yang mendapat cahaya mata puteri ke 2


Tahniah diucapkan kepada Puan Ruhaizah dan Ustaz Zayd yang telah dianugerahkan puteri ke 2 bernama Syifa' pada 28 April 2010. Semoga menjadi anak yang solehah dan srikandi ummah pada masa hadapan.

( keterangan gambar : sempena lawatan kerja ke Singapura. Dihadapan sekretariat Persatuan Ulama' dan Guru-Guru Agama Singapura ( PERGAS)