Sunday, November 8, 2009

PROGRAM CUTI DISEMBER:KELAS AL QURAN, JAWI & BAHASA ARAB

Dimaklumkan kepada semua ibubapa, bahawa pihak Madrasah akan mengadakan kelas AL Quran, Jawi dan Bahawa Arab bagi tahap 1 hingga 6. Kelas ini khusus hanya kepada murid-murid yang tidak mencapai tahap gred yang sepatutnya. Bilangan murid bagi 1 kelas antara 5 - 10 orang.. Terbuka kepada semua pelajar yang berminat. Kelas akan bermula dari 1 hingga 24 Disember 2009. Hari Isnin hingga Jumaat. Masa bagi sesi pagi 9.00 - 11.00 pagi , sesi petang 3.00 - 5.00 ptg.
Pelajar boleh memilih waktu yang sesuai. Yuran bagi pelajar Madrasah RM 50.00 dan bukan pelajar Madrasah RM 100.00.

Daftar segera memastikan anak anda mendapat tempat.
Sila hadir ke pejabat madrasah untuk mengetahui modul bagi setiap tahap.

Sekian, harap maklum.

Mudir.

No comments: