Thursday, November 12, 2009

Ibadah Qurban Tahun ke 5

Assalamualaikum,

Ibadah Qurban Tahun Ke 5 , Madrasah akan diadakan seperti berikut:

29 Nov ( Ahad ) Bermula jam 7 pagi (sembelihan) Jamuan mula jam 12.30 tgh - 3.00 ptg bertempat diperkarangan Masjid Sg.Gelugor.

Acara selari akan diadakan , majlis khatam al quran dan syarahan perdana hikmah ibadah Qurban yang akan di sampaikan oleh Mudir Madrasah.

Ekor lembu akan disembelih pada hari tersebut.

Majlis Ihtifal 2009

Assalamualaikum.

Majlis Ihtifal TASKI / TAHFIZ / SERI akan diadakan seperti di bawah:
Tarikh : 21 Nov ( Sabtu ) Masa : 3.00 ptg - Tempat : Dewan Kuliah E48 A, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM.

Semua pelajar terlibat dan akan menerima sijil dan hadiah.Saksikan persembahan multimedia 5 tahun Madrasah Uthmaniah di persada dakwah dalam bidang pendidikan.

Tetamu utama: Sdr Zayd Zhari al Hafiz ( YDP ABIM PP ) dan Dr. Shaikh Abdullah (Presiden Staf Islam USM ).

Sunday, November 8, 2009

PROGRAM CUTI DISEMBER:KELAS AL QURAN, JAWI & BAHASA ARAB

Dimaklumkan kepada semua ibubapa, bahawa pihak Madrasah akan mengadakan kelas AL Quran, Jawi dan Bahawa Arab bagi tahap 1 hingga 6. Kelas ini khusus hanya kepada murid-murid yang tidak mencapai tahap gred yang sepatutnya. Bilangan murid bagi 1 kelas antara 5 - 10 orang.. Terbuka kepada semua pelajar yang berminat. Kelas akan bermula dari 1 hingga 24 Disember 2009. Hari Isnin hingga Jumaat. Masa bagi sesi pagi 9.00 - 11.00 pagi , sesi petang 3.00 - 5.00 ptg.
Pelajar boleh memilih waktu yang sesuai. Yuran bagi pelajar Madrasah RM 50.00 dan bukan pelajar Madrasah RM 100.00.

Daftar segera memastikan anak anda mendapat tempat.
Sila hadir ke pejabat madrasah untuk mengetahui modul bagi setiap tahap.

Sekian, harap maklum.

Mudir.