Wednesday, August 10, 2011

PROJEK WAKAF SEMPENA RAMADHAN 1432H TAHUN KE 3

Assalamualaikum,

Muslimin & Muslimat yang budiman,

Pihak madrasah telah mengedarkan risalah khas Infaq Ramadhan 1432H iaitu projek wakaf berkelompok bagi mengubahsuai dan menaiktaraf bangunan madrasah.

Berikut adalah maklumat tambahan untuk perhatian tuan/puan
Kerja-kerja mengubahsuai adalah seperti berikut:

1. Memasang bumbung "polycarbonate" antara dua bangunan. Dengan adanya bumbung ini akan membolehkan ruang makan pelajar waktu rehat lebih besar dan dapat menampung seramai 60 orang dalam satu masa. Ruang ini juga dapat digunakan oleh pelajar ketika menunggu ibu bapa menjemput pulang.

2. Memasang jubin lantai dikaki lima bangunan bahagian kiri, kanan dan hadapan. Ini bertujuan supaya kelihatan lebih kemas dan mudah untuk dibersihkan. Dengan ini akan dapat memastikan madrasah dalam keadaan bersih sentiasa.

3. Membina dinding konkrit pada bahagian bawah bangunan yang masih terbuka untuk dijadikan bilik darjah.

4. Memasang jubin lantai dalam bahagian bawah bilik darjah

5. Memasang jubin lantai bahagian hadapan bangunan

6. Menaik taraf 5 bilik air supaya selesa kepada pelajar dan masyarakat awam.

Pihak madrasah menganggarkan sebanyak RM 75 ribu diperlukan bagi menjayakan projek tersebut. Justeru, di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini saya bagi pihak madrasah merayu sumbangan wakaf atau derma am bagi membantu pihak madrasah menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah dan pendidikan. Untuk makluman semua, dengan adanya madrasah ini dapat menampung hampir 200 orang murid menjalani aktiviti pendidikan Islam mulai prasekolah, rendah, menengah dan golongan remaja/dewasa. Bangunan ini juga dijadikan tempat khemah ibadah dan program-program dakwah kepada masyarakat.

Semoga Allah SWT memberkati usaha yang murni lagi berat ini.

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalam.

Mohammad Fadzil Alias.
Mudir.


No comments: