Wednesday, August 10, 2011

PROJEK WAKAF SEMPENA RAMADHAN 1432H TAHUN KE 3

Assalamualaikum,

Muslimin & Muslimat yang budiman,

Pihak madrasah telah mengedarkan risalah khas Infaq Ramadhan 1432H iaitu projek wakaf berkelompok bagi mengubahsuai dan menaiktaraf bangunan madrasah.

Berikut adalah maklumat tambahan untuk perhatian tuan/puan
Kerja-kerja mengubahsuai adalah seperti berikut:

1. Memasang bumbung "polycarbonate" antara dua bangunan. Dengan adanya bumbung ini akan membolehkan ruang makan pelajar waktu rehat lebih besar dan dapat menampung seramai 60 orang dalam satu masa. Ruang ini juga dapat digunakan oleh pelajar ketika menunggu ibu bapa menjemput pulang.

2. Memasang jubin lantai dikaki lima bangunan bahagian kiri, kanan dan hadapan. Ini bertujuan supaya kelihatan lebih kemas dan mudah untuk dibersihkan. Dengan ini akan dapat memastikan madrasah dalam keadaan bersih sentiasa.

3. Membina dinding konkrit pada bahagian bawah bangunan yang masih terbuka untuk dijadikan bilik darjah.

4. Memasang jubin lantai dalam bahagian bawah bilik darjah

5. Memasang jubin lantai bahagian hadapan bangunan

6. Menaik taraf 5 bilik air supaya selesa kepada pelajar dan masyarakat awam.

Pihak madrasah menganggarkan sebanyak RM 75 ribu diperlukan bagi menjayakan projek tersebut. Justeru, di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini saya bagi pihak madrasah merayu sumbangan wakaf atau derma am bagi membantu pihak madrasah menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah dan pendidikan. Untuk makluman semua, dengan adanya madrasah ini dapat menampung hampir 200 orang murid menjalani aktiviti pendidikan Islam mulai prasekolah, rendah, menengah dan golongan remaja/dewasa. Bangunan ini juga dijadikan tempat khemah ibadah dan program-program dakwah kepada masyarakat.

Semoga Allah SWT memberkati usaha yang murni lagi berat ini.

Wabillahi taufiq walhidayah, wassalam.

Mohammad Fadzil Alias.
Mudir.


Monday, August 8, 2011

Bengkel Peningkatan Profesionalisme Perguruan SERI




Pada 18 - 21 Julai 2011, bertempat di SEAMEO RECSAM,Gelugor seramai 15 orang guru madrasah uthmaniah, Ko-odinator SEMI Sg.Ramal / Eksekutif Yayasan Takmir, Pengetua SEMI Seremban, Guru Kanan SERI Sg.Ramal, Guru Kanan SERI Ad Diniah dan 3 orang staf Pusat Islam USM telah mengikuti bengkel tersebut yang dianjurkan oleh madrasah. Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Asmadi Ahmad dan isterinya Ustazah Azrinah yang merupakan konsultan pendidikan dari Singapura. Mereka berpengalaman luas dalam mengendalikan institusi pendidikan Islam ke taraf antarabangsa. Sepanjang sesi bengkel banyak perkara yang telah dipelajari oleh peserta bagi memantapkan lagi tahap keberkesanan aktiviti P & P dan bilik darjah selain dari persediaan madrasah ke arah pembukaan sekolah Islam antarabangsa di P.P. Ustaz Asmadi juga beresempatan menyampaikan ceramah di masjid At Taqwa Taman Bertam Indah Kepala Batas yang bertajuk "Perkongsian Pengalaman Mengurus dan Mentadbir Masjid Sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah". Pada sesi tersebut beliau menceritakan pengalaman beliau sebagai Jurutera Komputer mengaplikasikan ICT di Masjid-masjid dan Madrasah di Singapura.

PIBG DALAM BILIK DARJAH


Madrasah telah melancarkan program "PIBG Dalam Bilik Darjah" pada 6 Ogos 2011 yg lalu. Melalui program ini semua ibu bapa atau waris pelajar akan bertemu dgn guru dan ibu bapa yg lain bagi membincangkan perkara-perkara yg berkaitan dengan kamajuan akademik dan pengurusan bilik darjah. 5 orang wakil ibu bapa akan dilantik bagi setiap darjah yang akan menjadi wakil kepada Jemaah Ibu Bapa dan Waris ABIM ( JIWA) atau sebagai PIBG induk. Pada kali pertama sesi ini majoriti ibu bapa melahirkan rasa gembira kerana semua dapat memberi sumbangan yang lebih berkesan terhadap kemajuan pelajaran anak-anak dan kemajuan fizikal sekolah. Gambar kelihatan ibu bapa Tahun 1 SERI sedang mengadakan perbincangan.

KEMPEN WAKAF MUQADDAM DAN AL QURAN TERJEMAHAN DI KEMBOJA


Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini, pihak madrasah telah bekerja sama dengan Global Peace Mission(GPM) dan Future Global Network(FGN) melancarkan kempen wakaf muqaddam dan Al Quran terjemahan kepada kanak-kanak dan golongan dewasa di Kemboja bagi memiliki naskah Muqaddam dan Al Quran Terjemahan dalam Bahasa Khemer dan Cham. Sumbangan wakaf RM 5 bagi sebuah Muqaddam dan RM 25 bagi Quran terjemahan. Wakaf tersebut boleh disalurkan melalui Akaun FGN atas nama Future Global Netwaork - No Akaun BIMB : 12-113-01-003041-2. Keterangan lanjut boleh hubungi Mudir Madrasah Uthmaniah, Ustaz Fadzil. SEMARAKKAN RAMADHAN ANDA DENGAN BERAMAL JARIAH.