Assalamualaikum:
Para Muslimin dan Muslimat yang berhajat untuk mengerjakan ibadah Qurban bersama madrasah dan agensi-agensi ABIM sila hubungi ke pejabah madrasah:
1. 1 Bahagian Qurban di madrasah RM 400.00 ( 1/7 ) Sembelihan pada 28 Okt. 20112, InsyaAllah
2. 1 Bahagian Qurban di luar negara dari RM 250 ke atas. ( lihat : www.gpm.com.my )
Semoga Ibadah Qurban diterima Allah SWT.
wassalam.
Wednesday, October 3, 2012
Saturday, August 4, 2012
RAYUAN INFAQ RAMADHAN 1433H/2012
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bersempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak pada kali ini, saya bagi pihak madrasah ingin mengambil peluang menyeru kepada para dermawan turut serta menyumbang dalam Tabung Infaq Ramadhan 1433H.
Beberapa projek telah diputuskankan untuk tahun ini yang memerlukan dana dari semua pihak.
1. Wakaf " Baitul Muna". Sebuah rumah teres dua tingkat beralamat di No 12, Lorong Kg. Jawa, Bayan Baru. Rumah ini telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Puan Maimunah Hj Ahmad. Beliau adalah bekas seorang guru dan pernah terlibat dengan Islamic Outreach ABIM Penang. Rumah tersebut akan dijadikan pusat dakwah dan pendidikan ABIM sebagaimana yang diniatkan oleh pewakaf.
Justeru itu, pihak ABIM Negeri telah bekerjasama dengan Madrasah Uthmaniah (ABIM) untuk melaksanakan amanah yang amat besar ini. Memandangkan kedudukan kewangan ABIM dan Madrasah amat terbatas, sokongan dari masyarakat sangatlah diharapkan.
a. 2 bilik kelas TASKI yang boleh menampung 30 orang murid
b. Perabutc. Peralatan dapur
d. Pemasangan bumbung luar
e. Memasang jubin lantai dibahagian luar untuk ruAng pelbagai guna
f. Kerja-kerja mengecat dan keceriaan bangunan
Kami amat yakin dari pengalaman lalu, pusat ini akan dapat memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat dan masyarakat umum dalam usaha menyebarkan ilmu dan dakwah Islamiah.
2. Penajaan Latihan Guru : Madrasah juga menempatkan guru pelatih dari Kemboja yang telah menjalani kursus dan mendapat sijil perguruan dari Kolej Dar Al Hikmah. Mulai Julai lalu 3 orang guru pelatih bahagian prasekolah telah memulakan latihan mereka di TASKI dan SERI. Mereka akan menjalani latihan mengajar selama setahun sebelum dihantar pulang bersama kumpulan lain yang akan membuka sekolah di Kemboja. Sepanjang latihan mereka akan diberi elaun sebanyak RM 500 sebulan. Selain mengajar mereka juga akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti dakwah bersama masyarakat.
Madrasah juga membantu guru-guru bahasa Melayu dari Selatan Thai bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di madrasah-madrasah Selatan Thai. Dalam hal ini madrasah mendapat kerjasama dari Global Peace Mission dan Yayasan Pendidikan dan Sumber Manusia Yala. Projek ini termasuk dalam "misi rahmatan lil 'alamin" ABIM sebagai sebuah gerakan dakwah antarabangsa.
Selain itu, madrasah juga memerlukan dana bagi mengadakan "in house tranning" kepada guru-guru madrasah dari masa ke semasa.
3. Zakat Harta dan Zakat Fitrah; Madrasah juga menerima bayaran zakat harta dan fitrah untuk disalurkan kepada Asnaf Miskin dan Fisabillillah. Buat masa ini madrasah menaja seramai 7 orang kanak-kanak miskin yang belajar di madrasah dan membantu Rohingya Education Centre sebuah pusat pendidikan untuk komuniti pelarian Rohingya di sekitar Seberang Perai Tengah. Bentuk sumbangan adalah peralatan belajar dan makanan selain membiayai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan bina insan. Semua bentuk sumbangan ini adalah berdasarkan jumlah sumbangan yang diterima dari masyarakat awam dari masa ke semasa.
ATAS NAMA :"MADRASAH UTHMANIAH" NOMBOR AC: 0702-0003205-717
Jazakallahu Khairan Khatira.
Salam hormat dari saya;
MOHAMMAD FADZIL ALIAS
Mudir Madarasah Uthmaniah (ABIM )
merangkap
Pengarah Pusat Dakwah & Pendidikan ABIM Pulau Pinang.
Wednesday, September 14, 2011
JEMPUTAN KE MAJLIS TAUTAN UKHUWAH SEMPENA SAMBUTAN EDUL FITRI 1432H
Assalamualaikum,
Semua warga Madrasah Uthmaniah (ABIM ), Gelugor, Pulau Pinang adalah dengan penuh takzim dijemput ke Majlis Tautan Ukhuwwah sempena Sambutan Edul Fitri 1432 H seperti makluman berikut :
Tarikh : 26 Syawal 1432H / 24 September 2011 ( SABTU )
Tempat : Perkarangan Madrasah
Masa : 3.00 hingga 6. 00 petang.
Semoga dengan kehadiran semua ahli keluarga Madrasah akan lebih menyerikan majlis tersebut kelak, InsyaAllah.
Terima kasih.
Mudir Madrasah.
Wednesday, August 10, 2011
PROJEK WAKAF SEMPENA RAMADHAN 1432H TAHUN KE 3
Muslimin & Muslimat yang budiman,
Pihak madrasah telah mengedarkan risalah khas Infaq Ramadhan 1432H iaitu projek wakaf berkelompok bagi mengubahsuai dan menaiktaraf bangunan madrasah.
Berikut adalah maklumat tambahan untuk perhatian tuan/puan
Kerja-kerja mengubahsuai adalah seperti berikut:
1. Memasang bumbung "polycarbonate" antara dua bangunan. Dengan adanya bumbung ini akan membolehkan ruang makan pelajar waktu rehat lebih besar dan dapat menampung seramai 60 orang dalam satu masa. Ruang ini juga dapat digunakan oleh pelajar ketika menunggu ibu bapa menjemput pulang.
2. Memasang jubin lantai dikaki lima bangunan bahagian kiri, kanan dan hadapan. Ini bertujuan supaya kelihatan lebih kemas dan mudah untuk dibersihkan. Dengan ini akan dapat memastikan madrasah dalam keadaan bersih sentiasa.
3. Membina dinding konkrit pada bahagian bawah bangunan yang masih terbuka untuk dijadikan bilik darjah.
4. Memasang jubin lantai dalam bahagian bawah bilik darjah
5. Memasang jubin lantai bahagian hadapan bangunan
6. Menaik taraf 5 bilik air supaya selesa kepada pelajar dan masyarakat awam.
Pihak madrasah menganggarkan sebanyak RM 75 ribu diperlukan bagi menjayakan projek tersebut. Justeru, di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini saya bagi pihak madrasah merayu sumbangan wakaf atau derma am bagi membantu pihak madrasah menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah dan pendidikan. Untuk makluman semua, dengan adanya madrasah ini dapat menampung hampir 200 orang murid menjalani aktiviti pendidikan Islam mulai prasekolah, rendah, menengah dan golongan remaja/dewasa. Bangunan ini juga dijadikan tempat khemah ibadah dan program-program dakwah kepada masyarakat.
Semoga Allah SWT memberkati usaha yang murni lagi berat ini.
2. Memasang jubin lantai dikaki lima bangunan bahagian kiri, kanan dan hadapan. Ini bertujuan supaya kelihatan lebih kemas dan mudah untuk dibersihkan. Dengan ini akan dapat memastikan madrasah dalam keadaan bersih sentiasa.
3. Membina dinding konkrit pada bahagian bawah bangunan yang masih terbuka untuk dijadikan bilik darjah.
4. Memasang jubin lantai dalam bahagian bawah bilik darjah
5. Memasang jubin lantai bahagian hadapan bangunan
6. Menaik taraf 5 bilik air supaya selesa kepada pelajar dan masyarakat awam.
Pihak madrasah menganggarkan sebanyak RM 75 ribu diperlukan bagi menjayakan projek tersebut. Justeru, di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini saya bagi pihak madrasah merayu sumbangan wakaf atau derma am bagi membantu pihak madrasah menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah dan pendidikan. Untuk makluman semua, dengan adanya madrasah ini dapat menampung hampir 200 orang murid menjalani aktiviti pendidikan Islam mulai prasekolah, rendah, menengah dan golongan remaja/dewasa. Bangunan ini juga dijadikan tempat khemah ibadah dan program-program dakwah kepada masyarakat.
Semoga Allah SWT memberkati usaha yang murni lagi berat ini.
Wabillahi taufiq walhidayah, wassalam.
Mohammad Fadzil Alias.
Mudir.
Monday, August 8, 2011
Bengkel Peningkatan Profesionalisme Perguruan SERI
Pada 18 - 21 Julai 2011, bertempat di SEAMEO RECSAM,Gelugor seramai 15 orang guru madrasah uthmaniah, Ko-odinator SEMI Sg.Ramal / Eksekutif Yayasan Takmir, Pengetua SEMI Seremban, Guru Kanan SERI Sg.Ramal, Guru Kanan SERI Ad Diniah dan 3 orang staf Pusat Islam USM telah mengikuti bengkel tersebut yang dianjurkan oleh madrasah. Bengkel ini dikendalikan oleh Ustaz Asmadi Ahmad dan isterinya Ustazah Azrinah yang merupakan konsultan pendidikan dari Singapura. Mereka berpengalaman luas dalam mengendalikan institusi pendidikan Islam ke taraf antarabangsa. Sepanjang sesi bengkel banyak perkara yang telah dipelajari oleh peserta bagi memantapkan lagi tahap keberkesanan aktiviti P & P dan bilik darjah selain dari persediaan madrasah ke arah pembukaan sekolah Islam antarabangsa di P.P. Ustaz Asmadi juga beresempatan menyampaikan ceramah di masjid At Taqwa Taman Bertam Indah Kepala Batas yang bertajuk "Perkongsian Pengalaman Me
ngurus dan Mentadbir Masjid Sebagai Pusat Kecemerlangan Ummah". Pada sesi tersebut beliau menceritakan pengalaman beliau sebagai Jurutera Komputer mengaplikasikan ICT di Masjid-masjid dan Madrasah di Singapura.
PIBG DALAM BILIK DARJAH
Madrasah telah melancarkan program "PIBG Dalam Bilik Darjah" pada 6 Ogos 2011 yg lalu. Melalui program ini semua ibu bapa atau waris pelajar akan bertemu dgn guru dan ibu bapa yg lain bagi membincangkan perkara-perkara yg berkaitan dengan kamajuan akademik dan pengurusan bilik darjah. 5 orang wakil ibu bapa akan dilantik bagi setiap darjah yang akan menjadi wakil kepada Jemaah Ibu Bapa dan Waris ABIM ( JIWA) atau sebagai PIBG induk. Pada kali pertama sesi ini majoriti ibu bapa melahirkan rasa gembira kerana semua dapat memberi sumbangan yang lebih berkesan terhadap kemajuan pelajaran anak-anak dan kemajuan fizikal sekolah. Gambar kelihatan ibu bapa Tahun 1 SERI sedang mengadakan perbincangan.
KEMPEN WAKAF MUQADDAM DAN AL QURAN TERJEMAHAN DI KEMBOJA
Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini, pihak madrasah telah bekerja sama dengan Global Peace Mission(GPM) dan Future Global Network(FGN) melancarkan kempen wakaf muqaddam dan Al Quran terjemahan kepada kanak-kanak dan golongan dewasa di Kemboja bagi memiliki naskah Muqaddam dan Al Quran Terjemahan dalam Bahasa Khemer dan Cham. Sumbangan wakaf RM 5 bagi sebuah Muqaddam dan RM 25 bagi Quran terjemahan. Wakaf tersebut boleh disalurkan melalui Akaun FGN atas nama Future Global Netwaork - No Akaun BIMB : 12-113-01-003041-2. Keterangan lanjut boleh hubungi Mudir Madrasah Uthmaniah, Ustaz Fadzil. SEMARAKKAN RAMADHAN ANDA DENGAN BERAMAL JARIAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)
